CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 13, 2008

Catatan Aku

khamis baru ni aliff msg aku, suh tgk lakonan dia dalam gerak khas pada hari jumaat..
hari jumaat tu kul 8.30mlm aku dah tercongok kat depan tv.
aku rasa aliff mmg ada bakat dalam bidang ni cuma aku tak suka dia pegang watak jahat sbb muka dia muka baik..
aku puji lakonan dia jadi budak punk, menjadi lah kiranya..
minggu dpn jumaat 19 dis tgk bahagian ke 2 gerak khas lakonan aliff af6..

aku dipanggil interview kat celcom bhgian marketing, aku tak minat bidang ni, so aku tak gi interview tu..
aku dipanggil interview utk post management trainee kat jusco, pon aku tak gi sbb ada hal yg tak dpt dielakkan..
aku dipanggil training utk memegang jawatan finance exec kat maybank.. pon aku tolak........... huwaaaaaaaaaa
bos al panggil aku keje gantikan al yg nak smbung study, masih blum decide nak terima tak..
sebenarnya aku suke sgt kalo diletakkan di dept human resource or admin.. aku tak tau knpa, maybe minat kat situ kot.. so tunggu je la panggilan..
doakan ek!

sekarang dok umah je jadi penganggur terhormat.. bukan malas atau terlalu memilih.. tapi kalo boleh aku nak keje yg betul2 aku minat, barula aku bleh buat yg terbaik..

Saturday, December 6, 2008

Hadiah Untuk Aku

besday cake pemberian mak abah aku.. TQ!

lampu meja star yg sgt menarik drpd hamt.. TQ!

baju pink ni daripada husna.. TQ!

bear drpd hamt, dyana, zura, baizura.. TQ!

cak!!!!!!!! peace! aku di usia 23 tahun.. harap nye lebih bahagia lah.. doakan!
*ada lagi hadiah yg tak sempat aku amik gmbar nye drpd mak aku n ainul.. TQ so much!!

Tuesday, December 2, 2008

GoodLuck To Kak Kasih


wanna wish Gudluck & all the best to kak kasih in ur final exam.. sowi kak, tak dpt balas msg akak, so wish dlm ni.. k, syg akak....
*saja letak gambar akak ngan aliff, rindu lak kat si aliff ni.. muehehehe

Saturday, November 29, 2008

Tahniah Aiman & Hafiz

Aiman & Hafiz
wah.. berjaya gak lagu nasyid masuk final Anugerah Juara Lagu.. tahniah.. Aiman(Akademi Nasyid) membawa lagu Dusta Berkalang ciptaan Hafiz Hamidun & Fetri Yahya utk kategori etnik kreatif.. best lagu tu, aku dah agak dah mesti masuk final nyerr.. lagu lain yg dapat masuk final Doa Dalam Lagu, congrats to Heliza & Mawi..

Friday, November 28, 2008

Raya Kat Umah Aku



aku tak sempat masuk kan gambar ms raya haritu.. aliff, abg jebat,adik karat,tadox,man n member2 dorg raye kat umah aku.. gambar ni pon aku cilok kat blog abgjebat www.djebat.blogspot.com.. hik8,jgn saman..

Wednesday, November 26, 2008

Bantahan Pelajar UIA Tukar Songkok ke Mortar

Dipetik dari http://drazwan.blogspot.com

Kenapa nak tukar songkok kepada mortar? Kenapa nak habiskan RM 2.1 juta untuk tukar jubah baru? Harap ini bukan tekanan kerana ada orang-orang tertentu yang tidak mahu orang melayu, bukan melayu dan pelajar antarabangsa memakai songkok sebagai satu upacara rasmi di UIA. Saya sebagai ex UIA pun tak setuju. Kita kekalkan songkok. Full stop. Apa pendapat anda?

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok
Jimadie Shah Othman Aug 20, 08 2:48pm


Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Tuesday, November 25, 2008

My Besday Cake


ni la kek pemberian mak & abah aku
utk besday aku yg ke 23 pada 22 Nov yg lepas..
share dgn adik bongsu aku, luqman yg ke 12 yg lahir 24 Nov hari tu..
thanks a lot!!!

Wednesday, November 19, 2008

Aliff AF6 Dah Jadi Pelakon

fulamak Aliff dah jadi pelakon la skrg...
ni antara gambar yg diambil ketika shooting Gerak Khas arahan Yusof Haslam
Bila ek ditayangkan..? ada sape2 yg tahu, silalah jawap..
nak gak tgk macamana Aliff berlakon, gaya mcm org jahat je..
apapon aku nak wish all the best utk Aliff, semoga sukses dlm semua bidang yg diceburi..
Caiyok Aliff!! Hidup Aliffc!!!

Jawapan Untuk Lu


woo woo woo..
sape kata gua tak hingat kat lu..
sape kata gua tak rindu lu..
sape kata gua tak OK..
sape kata gua tak pernah anggap lu adik..
sape kata gua marah n benci lu..
sape kata gua tak syg lu..
*lagu abang pulang nyanyian malek ridzuan
ditukar ke kakak pulang
kakak pulang
kakak pulang
Riuh rendah di halaman
Pasti adik tersenyum
Dan kakak keriangan
Ole ole dari kota
Adakah dibawa sama
Adik menanti
Bagai tak sabar di hati

Monday, November 17, 2008

Mutiara TV9

tgk la cite Mutiara kat tv9, isnin-sabtu jam 5.30ptg hingga 6.30ptg.. best la cite tu.. tentang sepasang kembar Mutia & Tiara.. sedey. nak tgk kuat nye sebuah pesahabatan, tgk la cite ni.. lagu tema cite tu pon best Cinta Dalam Hati- Ungu.. mengingatkan aku pada seseorg..
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...
kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Muhasabah Sejenak

jiwa aku kosong sgt2.. aku perlu sesuatu utk mengubat kekosongan jiwa aku..
alhamdullilah aku terbaca banner kat area umah aku.. CERAMAH USTAZ AKHIL HAYY.. aku mmg admirer dia ni.. lagipon dah lama aku tak hadiri majlis ilmu, apa salahnye dikesempatan yg ada ni aku guna kan sebaik2 nya.. nak tak nak mlm 15 nov 2008, aku paksa mak aku ikot aku.. paksa tu.. hahahaha
mlm tu byk benda aku belajar.. 5 ubat hati- baca quran, solat mlm, berkumpul dgn org alim, berpuasa dan panjangkan zikir mlm..
ustaz akhil bercemah smbil nyanyi, tu yg best.. dgn lawak bersahaja dia mmg tak kering gusi aku dgn ribuan penonton yg hadir..
apapon mlm tu mmg bagi mengajar aku byk bende.. aku bukan nak kata aku baik.. sbb aku tak baik lah aku nak ubah diri aku dgn pegi majlis2 mcm tu..
ustaz akhil boleh ubah diri dia dari seorg rocker, rambut kerinting panjang, bergaul dgn org2 nakal.. kini dia lah yg menjadi role model setiap org.. kalau ustaz bole berubah kita pon tentu boleh..
tak kesah la dulu kita ambil dadah, suka lawan ckp mak ayah, berzina, minum arak, berjudi, mencuri atau sebagainya.. selagi tak tertutup pintu taubat buat kita, Allah mendgr segala rintihan kita. marilah kita bertaubat dgn sebenar2nya.. jgn bila tiba ajal kita, masa tu segala penyesalan dah tak berguna.. kita mengadap Allah tanpa membawa bekalan utk diri kita..
lagi seorg artis yg aku kagumi ialah Wardina Safiyyah.. dia boleh berubah, kenapa tidak kita?? nak berubah ke arah kebaikan mmg cukup susah, ada org yg pikir usia muda utk enjoy tapi ingat mati tak mengenal usia.. yg penting kita tetap kan hati dan iman kita, pasti Allah akan bantu kita..
..nasihat ini utk diriku dan juga sahabat seagama dgn ku..
HIDUP DAN MATIKU HANYA UTK ALLAH.. TAKBIR!!!!!!!

Saturday, November 15, 2008

Luahan Hatiku

Aku seorang wanita
Yg punya hati dan perasaan.
Mungkin aku kelihatan kasar
Tetapi jiwa ku tetap wanita

Aku seorang wanita
Aku mungkin jahat dan hina
Namun aku tetap wanita
Yg perlu belaian kasih sayang

Aku seorang wanita
Mungkin aku kuat dan tabah
Dalam hadapi dugaan hidup
Namun hati wanita tuhan sahaja yang mengetahuinya

Aku seorang wanita
Yg memerlukan teman hidup
Bukan kerana ku tidak bermaruah
Tapi kerana perlukan kasih dan cinta

Aku seorang wanita
Yg tuhan kurniakan kelembutan
Walaubagaimana hati ku membara
Namun jiwa ku tidak tersampai membenci manusia

Aku seorang wanita
Yg punya harga diri dan maruah
Wahai semua jejaka
Jgn kau mempermainkan jiwa kaum hawa

Tahniah Wardina

congrats to wardina & ekhwan atas kelahiran 3rd baby pada 14 Nov 2008.. baby boy kan?? bestnye.. moga menjadi anak yg soleh mcm mak n ayah nya..

Karnival Kerjaya & Temuduga Terbuka

KARNIVAL KERJAYA & TEMUDUGA TERBUKA
ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
TARIKH : 22-23 NOVEMBER 2008
MASA : 9AM-5PM
TEMPAT : PWTC, KL

*bawa resume dan berpakaian kemas
maklumat lanjut layari:
http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Ciri Insan Jadi Sahabat

Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan, seperti kata seorang ustaz, "Tarzan (kalaupun ceritanya benar) juga memerlukan sahabat!" Betullah apa yang dikatakan oleh Rasulullah, siapa sahabat kita begitulah juga corak kehidupan kita. Sahabat rapat Tarzan adalah orang utan, jadi begitulah cara kehidupannya, daripada cara berjalan, tidur hinggalah makan seperti seekor orang utan! Jadi dalam bersahabat, kita mesti pandai membuat pilihan supaya tidak tersalah pilih. Pilihan yang bijak bukan sekadar ketika ingin mendirikan rumah tangga, tetapi juga dalam memilih sahabat. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki? Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka. Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka. Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu? Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita? Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya. Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya! Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.

Friday, November 14, 2008

Tanda2 Kematian

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


*Hanya org beriman dikuniakan petanda2 ni.. DariNya kita dtg, KpdNya kita kembali

Thursday, November 13, 2008

AMARAN!

AKU BENARKAN SEGALA KOMEN DARI KORG YG MASOK BLOG AKU NI. TAPI AKU NAK BG AMARAN TOLONG JGN GUNA PERKATAAN YG BLEH MENYINGGUNG PERASAAN PIHAK LAIN YG TAK BERKENAAN. AKU BAGI CONTOH, JGN GUNA PERKATAAN PELAJAR UIA. KALO NAK HENTAM AKU, DIRECT TERUS TULIS NAMA AKU. TAK TAU NAMA AKU??? NAMA AKU AIN! TOLONG JGN LIBATKAN MANA2 PIHAK. HORMAT SKIT SENSITIVITI ORG LAIN.
SEKIAN TERIMA KASIH!

Keindahan UIA

posing dpn masjid UIA
tangga besar UIA
pas balik dinner, kitorg sambung berposing kat sekitar UIA..
cantik n indah sebenarnya UIA ni..
tgkla kitorg over gilerr, tak kesah la yg penting kitorg puas sgt mlm tu..

Graduation Dinner @ Restoran Nelayan

baru sampai..

gantung jgn tak gantung.. indahkan..
brotherssisters

Kulliyah Economics and Management Sciences telah menganjurkan Graduation Dinner pada 12hb Nov 2008, bertempat di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.. best gak la tempat tu.. yg hadir pon semuanya cantik2 n segak2 belaka.. tema pada mlm tu hitam dan puith, tapi dorg bgtau last minute so caca merba la kaler yg dipakai mlm tu.. lari abis dari tema asal.. apapon aku nak wish all the best la kat korg yg grad sama dgn aku.. selamat dtg ke dunia baru yg lebih mencabar..

Wednesday, November 12, 2008

Artis, Artis, Artis

senasib kan..
doakan aje dorg bahagia..
bagusla dah nikah..
adakah cerai jalan terbaik??

Tuesday, November 11, 2008

Sayonara

rumet aku yg ceria.. Nul Hakim atas (dari kiri): mun, aku, syafiq, shyda, nawar, kuzai
bawah (dari kiri): husna, bal, hanim, ham, ema, dayah n zaimah
ni semua course mate aku.. kitorg gather reramai kat badminton court kolej saffiyah UIAM mlm 11hb tu utk bg amanat b4 kitorg semua bwk haluan masing2.. tangisan, gelak tawa mengiringi kami.. apapon aku sayang kan kwn2 UIA aku sbb aku rasa mereka lah yg terbaik, yg boleh aku percayai dan yg sentiasa di samping aku.. LOVE U ALL

Karaoke Tak OK

breakfast dlu, kasik energy nak nyanyi
maisarah, aku, dayah, shael
hehehe.. dah abiz exam kann, enjoy sakan laaaa.. aku, dayah, maisarah n shael dah plan lama dah nak gi karaoke ni.. yg best nye, maisarah smpai mintak izin mak dia nk ke red box tu tau.. mmg anak yg baik la maisarah ni. akhirnya mak dia bg gak.. kitorg tolak dari UIA kul 9.30pg, then pi breakfast kat dpn sek teknik gombak, pekena nasi lemak. abis makan terus ke SOGO, KL utk ke Red Box. tempat tu mmg best la.. masa kitorg sampai takde sesapa lagi. hikihik punya semangat..

yg paling semangat sekali hari tu maisarah la.. masuk2 je bilik tu terus capai microfon ni.. nari tak hingat dunia..takpe maisarah, kita2 je kan. erm, kitorg sempat la bawak 20 lagu la.. dlm ramai2 kitorg ni suara dayah paling sedap. juara kat Matrik dlu tau.. jgn mare.. kitorg byk nyanyi ramai2, duet.. antara lagu yg di bawak, cinta dalam hati, dokter cinta, seiring sejln, keliru, aku dan kamu n byk lagi la.. setiap org dari kitorg di paksa bawak at least satu lagu secara solo.. aku bawak lagu kenanganku- jeffrydin n tiada lagi cinta-ruffedge. dayah bawak lagu sampai bertemu- erra n mawar- fransisca peter. maisarah bawak lagu laki buaya darat- ratu. shael lak lagu khayalan- VE n ruffedge..
kenangan tak dpt aku lupakan.. best sgt. balik2 je terus tido smpai maghrib.

MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!

exam susah tapi lega dah abis..Wajah ceria pas kuar CAC Great Hall, UIAM
gambar2 ni diambil pas abis exam 9hb haritu.. alhamdulillah selesai gak akhirnya..