Saturday, November 29, 2008
Tahniah Aiman & Hafiz
Posted by Nor 'Ain Musa at 7:38 PM 2 comments
Friday, November 28, 2008
Raya Kat Umah Aku
Posted by Nor 'Ain Musa at 3:59 PM 0 comments
Wednesday, November 26, 2008
Bantahan Pelajar UIA Tukar Songkok ke Mortar
Dipetik dari http://drazwan.blogspot.com
Kenapa nak tukar songkok kepada mortar? Kenapa nak habiskan RM 2.1 juta untuk tukar jubah baru? Harap ini bukan tekanan kerana ada orang-orang tertentu yang tidak mahu orang melayu, bukan melayu dan pelajar antarabangsa memakai songkok sebagai satu upacara rasmi di UIA. Saya sebagai ex UIA pun tak setuju. Kita kekalkan songkok. Full stop. Apa pendapat anda?
Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok
Jimadie Shah Othman Aug 20, 08 2:48pm
Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.
Posted by Nor 'Ain Musa at 2:31 PM 0 comments
Tuesday, November 25, 2008
My Besday Cake
Posted by Nor 'Ain Musa at 3:48 PM 3 comments
Wednesday, November 19, 2008
Aliff AF6 Dah Jadi Pelakon
Posted by Nor 'Ain Musa at 7:35 PM 0 comments
Jawapan Untuk Lu
Posted by Nor 'Ain Musa at 2:55 PM 4 comments
Monday, November 17, 2008
Mutiara TV9
Posted by Nor 'Ain Musa at 4:42 PM 4 comments
Muhasabah Sejenak
alhamdullilah aku terbaca banner kat area umah aku.. CERAMAH USTAZ AKHIL HAYY.. aku mmg admirer dia ni.. lagipon dah lama aku tak hadiri majlis ilmu, apa salahnye dikesempatan yg ada ni aku guna kan sebaik2 nya.. nak tak nak mlm 15 nov 2008, aku paksa mak aku ikot aku.. paksa tu.. hahahaha
mlm tu byk benda aku belajar.. 5 ubat hati- baca quran, solat mlm, berkumpul dgn org alim, berpuasa dan panjangkan zikir mlm..
ustaz akhil bercemah smbil nyanyi, tu yg best.. dgn lawak bersahaja dia mmg tak kering gusi aku dgn ribuan penonton yg hadir..
apapon mlm tu mmg bagi mengajar aku byk bende.. aku bukan nak kata aku baik.. sbb aku tak baik lah aku nak ubah diri aku dgn pegi majlis2 mcm tu..
ustaz akhil boleh ubah diri dia dari seorg rocker, rambut kerinting panjang, bergaul dgn org2 nakal.. kini dia lah yg menjadi role model setiap org.. kalau ustaz bole berubah kita pon tentu boleh..
tak kesah la dulu kita ambil dadah, suka lawan ckp mak ayah, berzina, minum arak, berjudi, mencuri atau sebagainya.. selagi tak tertutup pintu taubat buat kita, Allah mendgr segala rintihan kita. marilah kita bertaubat dgn sebenar2nya.. jgn bila tiba ajal kita, masa tu segala penyesalan dah tak berguna.. kita mengadap Allah tanpa membawa bekalan utk diri kita..
lagi seorg artis yg aku kagumi ialah Wardina Safiyyah.. dia boleh berubah, kenapa tidak kita?? nak berubah ke arah kebaikan mmg cukup susah, ada org yg pikir usia muda utk enjoy tapi ingat mati tak mengenal usia.. yg penting kita tetap kan hati dan iman kita, pasti Allah akan bantu kita..
Posted by Nor 'Ain Musa at 3:16 PM 3 comments
Saturday, November 15, 2008
Luahan Hatiku
Yg punya hati dan perasaan.
Mungkin aku kelihatan kasar
Tetapi jiwa ku tetap wanita
Aku seorang wanita
Aku mungkin jahat dan hina
Namun aku tetap wanita
Yg perlu belaian kasih sayang
Aku seorang wanita
Mungkin aku kuat dan tabah
Dalam hadapi dugaan hidup
Namun hati wanita tuhan sahaja yang mengetahuinya
Aku seorang wanita
Yg memerlukan teman hidup
Bukan kerana ku tidak bermaruah
Tapi kerana perlukan kasih dan cinta
Aku seorang wanita
Yg tuhan kurniakan kelembutan
Walaubagaimana hati ku membara
Namun jiwa ku tidak tersampai membenci manusia
Aku seorang wanita
Yg punya harga diri dan maruah
Wahai semua jejaka
Jgn kau mempermainkan jiwa kaum hawa
Posted by Nor 'Ain Musa at 3:01 AM 1 comments
Karnival Kerjaya & Temuduga Terbuka
ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
TARIKH : 22-23 NOVEMBER 2008
MASA : 9AM-5PM
TEMPAT : PWTC, KL
*bawa resume dan berpakaian kemas
maklumat lanjut layari: http://www.jobsmalaysia.gov.my/
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:34 AM 0 comments
Ciri Insan Jadi Sahabat
Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan, seperti kata seorang ustaz, "Tarzan (kalaupun ceritanya benar) juga memerlukan sahabat!" Betullah apa yang dikatakan oleh Rasulullah, siapa sahabat kita begitulah juga corak kehidupan kita. Sahabat rapat Tarzan adalah orang utan, jadi begitulah cara kehidupannya, daripada cara berjalan, tidur hinggalah makan seperti seekor orang utan! Jadi dalam bersahabat, kita mesti pandai membuat pilihan supaya tidak tersalah pilih. Pilihan yang bijak bukan sekadar ketika ingin mendirikan rumah tangga, tetapi juga dalam memilih sahabat. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki? Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka. Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka. Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu? Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita? Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya. Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya! Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:11 AM 0 comments
Friday, November 14, 2008
Tanda2 Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*Hanya org beriman dikuniakan petanda2 ni.. DariNya kita dtg, KpdNya kita kembali
Posted by Nor 'Ain Musa at 11:48 PM 0 comments
Thursday, November 13, 2008
AMARAN!
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:33 PM 0 comments
Keindahan UIA
Posted by Nor 'Ain Musa at 11:58 AM 0 comments
Graduation Dinner @ Restoran Nelayan
gantung jgn tak gantung.. indahkan..
brotherssisters
Kulliyah Economics and Management Sciences telah menganjurkan Graduation Dinner pada 12hb Nov 2008, bertempat di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.. best gak la tempat tu.. yg hadir pon semuanya cantik2 n segak2 belaka.. tema pada mlm tu hitam dan puith, tapi dorg bgtau last minute so caca merba la kaler yg dipakai mlm tu.. lari abis dari tema asal.. apapon aku nak wish all the best la kat korg yg grad sama dgn aku.. selamat dtg ke dunia baru yg lebih mencabar..
Posted by Nor 'Ain Musa at 10:52 AM 0 comments
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Sayonara
ni semua course mate aku.. kitorg gather reramai kat badminton court kolej saffiyah UIAM mlm 11hb tu utk bg amanat b4 kitorg semua bwk haluan masing2.. tangisan, gelak tawa mengiringi kami.. apapon aku sayang kan kwn2 UIA aku sbb aku rasa mereka lah yg terbaik, yg boleh aku percayai dan yg sentiasa di samping aku.. LOVE U ALL
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:44 PM 4 comments
Karaoke Tak OK
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:07 PM 3 comments
Sekalung Perghargaan
Aku nak wish thanks kat semua lecturer yg telah mendidik aku sama ada kat matrikulasi UIA mahupun di UIA Main Campus.Jasa kalian mendidik dan mencurahkan ilmu tak akan aku lupakan.. aku sayang kalian semua dan hanya Allah saja yg dapat membalas jasa kalian. Tiada apa yg mampu aku berikan, hanya doa mengiringi kalian.
Lecturer aku di Matrikulasi UIA PJ (March 2003- Oct 2004)
Mdm Normah Yatiman
Mdm Salina Kassim
Dr Zubaidi Wahyono
Mdm Siti Hajar
Ustaz Yunus
Mdm Hazni
Lecturer aku kat UIA Main Campus (Nov 2004-Nov 2008)
Sir Amirullah Tan
Dr Izyani
Mdm Azizah Kadri
Dr Parid
Dr Yusof Sallem
Sir Razali
Dr Dzuljastri
Dr Jarita Duasa
Dr Hasanudeen
Mdm Asiah Mat Siang
Dr Namanee Djeghem
Sir Eskandar Shah
Dr Zainurin Dahari
Sir Syaifulnizam
Mdm Rosnani Kassim
Sir Hj Zulkifly Baharom
Sir Hasib Difari
Mdm Barizah
Dr Pisal Zainal
Sir Mior
Assc Prof Dr Rafikul Islam
Dr Arif Hassan
Mdm Noraini
Mdm Rozailin
Dr Asyraf Wajdi Hj Dusuki
Dr Izhairi
Mdm Nita Fauzee
Dr Turkhan Ali
*Haaa aku sedih.. ada nama lecturer yg aku tak ingat nama tapi aku ingat muka je..
Posted by Nor 'Ain Musa at 10:34 AM 1 comments
Thursday, November 6, 2008
Sape Lahir Bulan November?
aku nak wish hepi besday utk yg kongsi bulan kelahiran dgn aku ni..
- mohd nazri (adik kandung aku)- 4 nov 87
- syazwani shuib (kwn sek rendah aku)-9 nov 85
- adik karat (adik aku)- 10 nov 89
- mardhiah yusof (kwn uia aku)- 20 nov 85
- norul akma (kwn uia aku)- 21 nov 85
- maisarah (kwn uia aku-kembar aku)- 22 nov 85
- bienda (kembar aku gak.. kembar hari lahir lorhhh)- 22 nov 85
- ct nurdiana (penyanyi tu..)- 22 nov 84
- diana danielle (pelakon tu..)- 22 nov 9?
- mohd luqman hakim (adik kandung aku)- 24 nov 96
moga korg panjang umor n dimurahkan rezeki oleh Allah..
*ni setakat yg aku ingat.. yg mana aku tak ingat, aku mintak maaf sgt2...
Posted by Nor 'Ain Musa at 12:08 PM 2 comments
Rahsia Bulan Kelahiran-November
- Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
- berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
- pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti
- personaliti dinamik
- sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
- tidak suka marah kecuali digugat
- mudah ambil berat terhadap orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain dari orang lain
- otak yang sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian
- kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- badan yang tough
- kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
- romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah, sangat rajin
- berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi
- perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
*yg merah tu mmg btul la perangai aku.. yg lain2 tu tak tau la..
Posted by Nor 'Ain Musa at 11:53 AM 0 comments
Wednesday, November 5, 2008
Bisakah
Pernah Ku Terasa Ingin MerayuPada
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Naluri Meminta Kuungkap Kata
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bila Senduku Berlinang Sayu
Posted by Nor 'Ain Musa at 11:08 AM 0 comments
Tuesday, November 4, 2008
Tinggal Kenangan
Posted by Nor 'Ain Musa at 11:09 AM 4 comments